Saturday, October 12, 2013

Susu Kambing Al Khishbun

SK Al-Khishbun merupakan makanan tambahan untuk kesuburan yang sesuai untuk golongan lelaki dan perempuan. Sama juga seperti hulba dibawah

Dari Saidatina Aisyah r.a. telah berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w. “sebaik-baik amalan kepada Allah s.w.t. adalah perbuatan yang dikerjakan secara berterusan walaupun sedikit”.               
                                                                        (Hadis riwayat Al-Imam Muslim)

"PALING TERBAIK IALAH AMALKAN SET KESUBURAN ALKHISBUN INI SATU SET IAITU SUSU KHISBUN BERSAMA HULBA

SET LENGKAP KESUBURAN AL KHISHBUN mengandung 2 jenis produk iaitu SK Al Khishbun (500gm) dan Hulba Al Khishbun(50gm).

SK Al Khishbun merupakan gabungan istimewa Susu Kambing, ekstrak stevia sebagai pemanis 100% semulajadi, biji Habbatus Sauda (Syria) yang merupakan spesis bijirin terbaik yang telah dipanggang. Ketiga-tiga bahan menjadi ramuan unggul kerana mepunyai sifat alkali yang tinggi dalam badan. Kehebatan SK Al Khishbun terletak pada ramuan rahsia herba-herba kesuburan dari Tanah Arab yang pernah terkandung di dalam buku Ilmu Perubatan Sufi. Mengandungi serbuk bunga kurma yang dahulunya digunakan sebagai herba penambah hormon dan mengentalkan sperma. SK bertindak untuk menyuburkan rahim.

Hulba Al Khishbun menggabungan 7 jenis herba-herba dari Tanah Arab yang bertindak untuk merawat:-
1) menbersihkan rahim dan organ dalaman akibat dari keguguran dan pembedahan.
2) Darah haid yang tidak lancar.
3) Senggugut yang teruk, 
4) PCOS
5) Mengecutkan CYTS & FIBROID
6) Telur tidak matang
7) Tiada telur
8) Tiub filofio tersumbat
9) dan pelbagai lagi masalah rahim yang menjadi punca kepada kesukaran mendapatkan zuriat.

Hulba untuk suami merawat:-
1) Memperbanyakkan kualiti dan kuantiti sperm yg sihat
2) Memberi tenaga kepada sperm utk bergerak pantas
3) Merawat mati pucuk
4) Tiada telur
Gabungan ini membantu merangsang rahim, memanaskan organ pembiakan dan mengukuhkan tenaga dalaman. Herba Campuran Arab ini biasanya menjadi amalan para remaja Arab yang akan berumahtangga. Menjaga keseimbangan dan normal tubuh serta membaiki saraf kelamin dan serta memulihkan tenaga batin.


CARA PENGGUNAAN SET AL-KISHBUN
1. Minum SK Al Khishbun 1 skop pagi sebelum sarapan dan 1 skop malam 1 jam sebelum tidur. Bancuh dengan air suam sahaja.
2. Makan ½ sudu kecil Hulba Al Khishbun yang telah dicampurkan dengan madu atau buah kurma sebelum makan tengahari (waktu dhuha) 1 kali setiap hari.
3. Langkah paling penting – mandi sauna herba 1 kali selepas 1 minggu mengamalkan SK Al Khishbun dan Hulba Al Khishbun bagi mengeluarkan segala kekotoran yang telah lama terperangkap di dalam badan.
4. Mandi sauna kali kedua dilakukan selepas 2 minggu dari mandi sauna yang pertama.
5. Buat rawatan urut atau sengkak sekurang-kurangnya sekali.
6. Banyakkan minum air masak bagi menstabilkan suhu badan.
7. Kurangkan makanan dan minuman berasid dan lebihkan makanan beralkali kerana pH alkali paling sesuai untuk mereka yang merancang untuk hamil
 8. PESANAN PENTING – Produk ini tidak boleh diambil semasa waktu period atau ketika demam. Sambung semula pengambilan produk ini 3 hari selepas period kering. Jika telah disahkan mengandung hendaklah berhenti dari mengambil produk tersebut.

SK Al Khishbun - RM61 (semenanjung)
   SK Al Khishbun - RM65 (sabah&sarawak)
    Hulba Al Khishbun - RM51 (semenanjung)
       Hulba Al Khishbun - RM54 (sabah&sarawak)

SK Al Khishbun - RM61 (semenanjung)
SK Al Khishbun - RM65 (sabah&sarawak)
Hulba Al Khishbun - RM51 (semenanjung)
Hulba Al Khishbun - RM54 (sabah&sarawak)

Tasik Dayang Bunting,Langkawi

Pada awal 2013, kami berpeluang bercuti di Langkawi. Tujuan sajer jer untuk makan angin, shopping dan pergi ke Tasik Dayang Bunting.

Untuk ke tasik tersebut kene ambil bot. Ada pakej Island Hoping untuk melawat 3 Pulau. Kene sewa 1 bot untuk ke sana.

Kami siap2 bawak botol kosong untuk bawak balik air tasik tersebut. Untuk mengambil air, kami menyewa bot yang dikayuh sendiri pergi ke tengah tasik. Wow, warna air tasik yang hijau amat mengerunkan.Takut2 tiba muncul anaconda ke buaya ke...tapi nak buat macamana kene beranikan diri. Cik hubby dengan gagahnya mengayuh sampai ketengah tasik.

Habis isi semua air, kami balik ketepi tasik. Kali ini sewa life jaket pulak sebab kene mandi dan berendam dekat bahagian yang dibenarkan mandi. Ramai jugak pelancong asing yang mandi manda, termasuk sekumpulan lelaki dari Timur Tengah yang seronok melompat dan terjun kedalam tasik.

Hampir setengah hari di tasik itu, kami pon berangkat pulang. Cerita tentang hamil dengan bantu air tasik itu, mungkin mitos sahaja, tapi saya percaya dengan niat yang betul dan usaha kerana Allah Taala, insyallah...doa akan termakbul.....





Pusat Rawatan Darussalam

Salam,
Hari ni nak share pengalaman berjumpa dengan seorang tokoh ulama yang disegani ramai, Dato Ustaz Ismail Kamus di pusat rawatannya di Gombak. Sesi perjumpaan dengan ustaz adalah pada khamis. Hasil bantuan seorang kakak yang baik hati di pejabat, kami berjaya sampai Pusat Rawatan Darussalam. Lokasi berhampiran Balai Polis Gombak.Landmark lain ialah dekat dengan Batu Caves dan masjid kubah kuning seperti dalam gambar di bawah. Disarankan kepada yang ingin berjumpa dengan ustaz,perlu datang awal sebab memang ramai orang. Sila bawa air mineral dan jika perlu limau nipis untuk rawatan atau beli di pusat tersebut.




ni dah on the way balik

Avokado

Sedikit info tentang avokado dan khasiatnya, untuk manafaat bersama….Pokok avokado atau nama saintifiknya persea Americana mempunyai zat khasiat yang dikatakan mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit daripada masalah penglihatan, penyakit jantung sehinggalah kepada masalah obesiti.Pokok avokado dikelaskan dalam tumbuhan berbunga keluarga Lauraceae. Ia adalah sejenis pokok saka yang menghasilkan buah. Buahnya berbentuk bujur dan kulit buah berwarna hijau berkilat. Isi buahnya pula berwarna kuning cair dan mempunyai biji yang agak besar di tengah. Daun pokok avokado mempunyai hujung yang runcing.~ Sebelah kiri gambar buah avokado species dari Medan Indonesia, sebelah kanan gambar buah avokado species dari Afrika Selatan ~Pokok avokado berasal dari Mexico dan Amerika Tengah. Kini, buah avokado ditanam di negara-negara seperti Afrika Selatan, Australia dan New Zealand. Buah ini dikategorikan dalam beberapa jenis seperti bacon, fuerte, gwen, hass, penkerton, reed dan zutano.Bahagian yang digunakan untuk tujuan perubatan adalah daun, buah, kulit kayu dan biji. Buahnya amat berkhasiat kerana mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium, sodium, potasium, vitamin A, vitamin C, naisin dan riboflavin.Berikut senarai nutrisi buah avokado, dipetik dari wikipedia (sila klik utk paparan lebih besar) :Buah avokado mengandungi asid oleik iaitu sejenis lemak tak tepu tunggal yang jika dimakan bukan sahaja mampu mengurangkan kolesterol tidak baik, tetapi mampu meningkatkan kolesterol baik. Disebabkan kandungan potassium yang tinggi dalam buahnya, pengambilan avokado secara kerap juga mampu merendahkan tekanan darah.Kandungan folat di dalam buahnya juga mengandungi zat, baik untuk kesihatan jantung. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa wanita yang kerap mengambil kandungan asid folat, mempunyai risiko yang rendah iaitu sebanyak 55% untuk mendapat serangan jantung dan penyakit jantung.Walaupun avokado tinggi dengan lemak iaitu kira-kira 30gm lemak bagi sebiji avokado, namun itu tidak menghalang buah ini berkhasiat untuk mereka yang mahu mengurangkan berat badan. Pengambilan buah yang kaya dengan kandungan vitamin dan zat, amat baik untuk tubuh kita. Lemak daripada avokado juga dikatakan mampu membantu tubuh berasa lebih kenyang dan menyimpan tahap gula dalam darah daripada meningkat.Dikatakan, sebiji buah avokado mengandungi kira-kira 300 kalori dengan 88% daripadanya adalah lemak. Ia juga berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang.~ Pokok avokado berbuah setahun sekali ~ Avokado mampu mencegah penyakit mataAvokado juga mengandungi lutein iaitu sejenis antioksidan yang amat baik untuk mata. Pengambilan makanan yang tinggi lutein dikatakan mampu mencegah penyakit mata sepertikatarak dan kemerosotan makular.Lembutkan kulitAvokado digunakan dengan banyak dalam industri kosmetik seperti pencuci, krim dan masker muka. Ada juga yang dibuat syampu, minyak avokado dan bermacam-macam lagi. Avokado terbukti berkesan dalam penjagaan kulit wajah kerana kandungan vitamin E yang tinggi.Antara kebaikan lain buah avokado ialah mampu mencegah arteriosclerosis, merangsang pembentukan kolagen sekaligus membantu kulit mengalami penuaan, membantu menentang masalah kulit seperti ekzema, dermatitis dan jerawat.Selain itu, buah avokado juga boleh dihancurkan dan ditampal pada ruam dan kulit yang kasar. Kesannya, kulit akan menjadi lebih lembut. Minyak yang diekstrak daripada buah avokado boleh dijadikan sebagai losen kulit dan minyak urut. Penggunaannya dikatakan mampumemperbaiki kulit menjadi lebih bermaya. Isinya yang lembut dan berkrim amat sesuai untuk dijadikan sebagai buah segar pertama dimakan oleh bayi.~ avocado smootie ~ gambar ehsan wikipedia ~Buah avokado boleh dijadikan jus minuman yang menyegarkan. Campurkan isi buah avokado dengan susu segar, masukkan sedikit susu pekat, coklat yang dicairkan dan ketulan ais dan kisar untuk dijadikan avokado ‘smootie’... yummy!!Daun pokok avokado pula dikatakan boleh direbus dan kemudiannya dijadikan sebagai ubat. Air rebusan yang dikatakan bersifat diuretik ini mampu membersihkan hati danmengurangkan tekanan darah tinggi. Dalam ilmu perubatan Cina dan perubatan tradisional lain, avokado dikatakan memiliki daun yang bersifat pahit, kelat dan diuretik manakala bijinya bersifat anti-radang dan analgesik. Hasil kajian dan penyelidikan menunjukkan daun buah ini bersifat anti-bakteria. Ia menghapuskan pertumbuhan beberapa spesies bakteria seperti Staphlococus sp., Pseudomonas sp., Escherichea sp. dan Basillicus sp.Manakala daun pokok avokado yang telah dicampurkan dengan kulit pokok avokado lalu direbus, boleh digunakan untuk tujuan merawat masalah kesihatan yang berlaku pada perut dan dada.Air rebusan ini juga dikatakan mempu mengawal ketetapan haid. Bagi mereka yang sering mengalami masalah disenteri, dikatakan biji buah avokado boleh digunakan sebagai ubat. Di Amazon, biji buah avokado juga dikatakan boleh dijadikan sebagai ubat pencegah hamil.Senarai kebaikan avokadoSelain daripada khasiat yang dinyatakan di atas, di sini saya senaraikan 10 mengapa kita patut makan avokado, info dipetik dan diterjemahkan dari laman web Health Diaries.com :1. Pencegahan kanser prostatAvokado telah dibuktikan berkesan untuk menghalang pertumbuhan kanser prostat.2. Perlindungan (mencegah) kanser mulut Penyelidikan telah menunjukkan bahawa sebatian tertentu dalam avocado dapat mencari pra-kanser dan kanser sel kanser mulut dan menghancurkan mereka tanpa merosakkan sel-sel sihat.3. Perlindungan (mencegah) kanser payudara Seperti minyak zaitun, avokado mengandungi asid oleik yang sangat tinggi, yang telah terbukti untuk mengelakkan kanser payudara dalam kajian banyak.4. Baik untuk kesihatan mataAvokado mengandungi lebih lutein karotenoid daripada buah-buahan yang lain biasa dimakan. Lutein melindungi mata daripada kemerosotan makular, katarak dan penyakit mata yang berkaitan dengan usia lanjut.5. Menurunkan paras kolesterolAvokado mengandungi beta-sitosterol yang tinggi, satu sebatian yang telah terbukti dapat menurunkan paras kolesterol. Dalam sebuah kajian, 45 sukarelawan mengalami penurunan paras kolesterol sebanyak 17%, selepas mereka mengambil buah avocado hanya untuk satu minggu.6. Memelihara kesihatan jantungSatu cawan avokado mengandungi 23% kandungan folat daripada nilai harian yang disyorkan. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil diet kaya folat mempunyai risiko yang lebih rendah daripada mendapat penyakit jantung daripada mereka yang tidak. Kandungan vitamin E, lemak tak tepu tunggal dan glutathione yang terdapat dalam buah avokado juga bermanafaat besar bagi jantung anda.7. Mencegah strokKandungan folat yang tinggi dalam buah avokado juga dapat memberi perlindungan terhadap strok. Mereka yang makan diet kaya folat mempunyai risiko lebih rendah terkena strok daripada mereka yang tidak.8. Penyerapan nutrisi lebih baikKajian telah mendapati bahawa nutrisi tertentu diserap lebih baik bila dimakan dengan avokado. Dalam sebuah kajian, ketika peserta makan salad yang mengandungi avokado, mereka dapat menyerap lima kali jumlah karotenoid (kumpulan nutrisi yang merangkumi lycopene dan beta karoten) daripada mereka yang tidak termasuk avokado.9. Sumber glutathioneAvokado merupakan sumber glutathione yang sangat baik iaitu satu agen antioksidan yang penting yang menurut para penyelidik, ia penting dalam mencegah penuaan, kanser, dan penyakit jantung.10. Sumber vitamin E Buah avokado adalah sumber terbaik vitamin E, yang merupakan vitamin penting untuk melindungi badan terhadap banyak penyakit dan membantu menjaga kesihatan secara keseluruhan.Walaupun terdapat pelbagai khasiat buah, daun, biji dan kulit pokok avokado, namun begitu penggunaannya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan agar kemudharatan di kemudian hari dapat dielakkan.Semoga bermanafaat!


Buah delima, buah yang disebut didalam AlQuran.

KHASIAT BUAH DELIMA Buah delima memang terkenal dengan khasiat yang sangat baik untuk tubuh kita antaranya ialah:Khasiat Buah delima untuk kesihatanBuah delima  mengandungi antioksidan Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.  Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah  kanser, penyakit jantung dan alzheimer. Buah delima   dapat Melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan  jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit  koroneri  (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.Buah delima   dapat  Menurunkan kadar kolesteroldalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik). Buah delima dapat  Mencegah dan mengubati kanser , Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus  buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.– Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan  sel-sel leukemia kembali menjadi normal.– buah delima  membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki  yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g  jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah studi, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baikBuah delima   Sumber nutrisi Sebiji  buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi  folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E. Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulitsumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.Kandungan gula Buah delima   mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.Lagi satu buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat caranyer sangat mudah Ok ….lepas makan buah delima jangan buang kulitnyer  ambik kulit buah delima jemur sehingga kulitnyer kecut…kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga ianya menjadi serbuk…kemudian simpan dalam bekas..dan apabila nak digunakan ambik sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah..biarkan ianyer kering kemudian basuh…Khasiat Buah delima untuk ibu mengandungBuah delima  Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.Tip memilih buah delimaKetika membeli buah delima, pilih buah delima yang berat dan kulitnyer bersih tampa cela wah memang segar betulla dan kulit  tak merekah-rekah. Buah Delima boleh tahan selam a 6 bulan kalau disimpan dalam peti ais…lamakaUntuk makan buah delima terlebih dahulu kopek kulitnyer  dan hiris kulitnya dari atas ke bawah pada tiga atau empat bahagian. Dan mulakan aktiviti mengutil  isi buahnya ke dalam mangkuk.dan nikmatinyer keenakannyer…..Fakta mengenai Buah delimaDelima atau Punica granatum – sejenis pokok renek atau pokok kecil berdaun luruh boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter.Berasal dari Asia Barat Daya dan ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba lagi.Turut ditanam secara meluas di Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki serta kawasan lebih kering di Asia Tenggara seperti Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan tropika di Afrika.Delima dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Delima kini ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus.Di Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula pada September sehingga Februari, manakala di Hemisfera Selatan, musim buah delima bermula dari Mac sehingga Mei.Saiz buah delima matang sekitar 7-12 sentimeter diameter, bergantung kepada pelbagai jenis dengan bentuk bulat heksagon.Berkulit tebal warna kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar.Sebiji buah delima terdapat sekitar 700-800 benih biji padat dipanggil arils yang berwarna merah.


Produk Habbatussauda Gold dan Zaitun Gold


Salam,
Hari ini saya nak share amalan pemakanan sunnah. Saya telah amalkan hampir 2 tahun lepas, selepas disarankan seorang doktor pakar. Saya dapati ia sukar didapati dimana2 kedai dulu, dan oleh sebab itu saya ambil keputusan menjadi dealer.

Saya adalah salah seorang dealer untuk produk Minsyam untuk kawasan Selangor. Dealer yang sah,ok. Dan stok adalah terus dari HQ.
Untuk makluman, nama saya tersenarai di website ini...www.minsyam.lot.my

So, untuk pengguna yang ingin membeli produk Minsyam boleh hubungi saya @ minsyamdealer@gmail.com. Penghantaran melalui pos atau sekitar Selangor boleh berjumpa terus dgn saya

Di sini disenaraikan kebaikan habbatusauda:
1.Sunnah Rasullullah (saw) :"Kekallah kamu dengan habbatussauda kerana padanya itu penawar bagi segala penyakit kecuali mati" (Riwayat Bukhari)
2.Membuang angin dalam badan
3.Membantu kesuburan wanita
4.Membantu meningkatkan sistem imuniti badan
5.Mencerdaskan otak
6.Mengurangkan risiko sakit jantung

Khasiat Minyak Zaitun:-
1.Amalan sunnah Rasullullah (saw):"Makanlah minyak zaitun serta berminyak dengannya kerana ia dapat merawat 70 penyakit,termasuk kusta"(At-Tibb Au Nuaim)
2.Awet muda. Dikatakan Cleopatra menggunakan minyak zaitun untuk awet muda
3.Melembabkan kulit
4.Melambatkan uban
5.Meremajakan kulit
6.Mengurangkan rekahan kulit bagi wanita mengandung
7.Sangat baik digunakan sebagai minyak bayi
8.Mengurangkan risiko kanser kulit


Minsyam Habbatussauda Gold (20 biji softgel)




Syrian Zaitun (20 biji softgel)
RM10.00








Olive Lotion (100ml)
RM20.00


Minsyam produk
Habbatussauda -RM144 (240 biji/12 paket)
Zaitun -RM120.00 (240 biji/12 paket)




Habbatussauda Gold (60 biji/botol)
RM36.00


                                                  Zaitun Virgin Oil (60 biji/botol)
                                                  RM30.00

Friday, October 11, 2013

Tip hamil 2013

Salam, Hari ini tiba2 terada nak list down tip untuk mudah hamil. Ini hasil pembacaan,nasihat dari org tua dan juga doktor pakar. Semoga ia dapat memberi manfaat kpd pembaca diluar sana.

1.perbanyakkan berdoa, cth doa nabi zakaria (maaf, tak dpt disertakan disini, tp rasenye ramaiyg dah tahu doanya, kan)
2.solat dhuha.buat dlm 11 lebih, ada terbaca, masa matahari panas terik sebaiknya waktu yg sesuai buat solay dhuha. Dan jgn lupa baca doa khas solat dhuha dan fahami maknanya.
3.solat tahajjud. Kene tido dulu dan bangun tgh malam.doa sungguh2 dgn hati yg
Ikhlas.
4.pemakanan, ni yg penting.ini juga hasip pembacaan dan nasihat bbrp doktor pakar yg saya jumpe selama ini.
5. Wajib hari2 makan sayur hijua.paling kurang buat rebusan campur bawang goreng
6.minum sus segar, susu kambing
7.wajib makan telor, tp maksimum 2 biji sehari. Telor kaya dgn pelbagai mineral dan vitamin.
8.ambil habbatusauda dan zaitun. Saya ambil jenama minsyam.
9.ambil femcare dan natural lingzhi. Ni dari doktor julidar, kajang.
10.buat jus avokado....buah ni byk khasiat dan vitamin
11.makan buah delima
12.minum air akar kayu dari tabib china...ni member office yg suggest.mmg ada perubahan
13.berurut dan bersengkak...ni kt bidan kg
14.jumpe ustaz dan alim ulama.ni utk check takut2 ada gangguan makhluk halus.
15.jgn makan fastfood,jgn minum air bikarbonat
16.jgn minum kopi, teh, sbb boleh kurangkan kesuburan.teh itu angin
17.minum milo, holick boleh
18.makan kurma
19.banyakkan berpuasa, dan berdoa ketika berbuka...insyallah...
20.seminggu sekali berendam dlm tab mandi sambil lulur dgn limau nipis, utk hilangkan stress, tenangkan fikiran
21.banyakkan minum air kosong
22.kurangkan berkawan dgn org2 yg boleh memberi stress kpd kita, cthnya asyik tanye bila nk pregnant, dll...yg secara tidak sedar beri tekanan kpd kita.ikut gerak hati jika perlu bersendirian, itu yg lebih baik
23.perbanyakkan berzikir terutama asma ulhusna, beristighafar....
24.sentiasa amalkan baca al quran dan dengar org mengaji...
25. Ambil masa weekend utk bersiar2 dgn hubby....gunakan masa utk relaks dr kerja dan masalah...
26.kawal suhu badan menggunakan termometer utk mengetahui waktu subur anda
27.ambil produk susu kambing alkhisbu dan halba.
28.tip paling penting, jgn minum jus masam cth oren, dll  iaitu yg berasid ketika waktu subur kerana ia boleh meningkatkan keasidan dan boleh membunuh sperma...
29. Sila lawati blog lumalove....byk info...
30.berendam dan minum air tasik dayang bunting,langkawi