Saturday, October 12, 2013

Tasik Dayang Bunting,Langkawi

Pada awal 2013, kami berpeluang bercuti di Langkawi. Tujuan sajer jer untuk makan angin, shopping dan pergi ke Tasik Dayang Bunting.

Untuk ke tasik tersebut kene ambil bot. Ada pakej Island Hoping untuk melawat 3 Pulau. Kene sewa 1 bot untuk ke sana.

Kami siap2 bawak botol kosong untuk bawak balik air tasik tersebut. Untuk mengambil air, kami menyewa bot yang dikayuh sendiri pergi ke tengah tasik. Wow, warna air tasik yang hijau amat mengerunkan.Takut2 tiba muncul anaconda ke buaya ke...tapi nak buat macamana kene beranikan diri. Cik hubby dengan gagahnya mengayuh sampai ketengah tasik.

Habis isi semua air, kami balik ketepi tasik. Kali ini sewa life jaket pulak sebab kene mandi dan berendam dekat bahagian yang dibenarkan mandi. Ramai jugak pelancong asing yang mandi manda, termasuk sekumpulan lelaki dari Timur Tengah yang seronok melompat dan terjun kedalam tasik.

Hampir setengah hari di tasik itu, kami pon berangkat pulang. Cerita tentang hamil dengan bantu air tasik itu, mungkin mitos sahaja, tapi saya percaya dengan niat yang betul dan usaha kerana Allah Taala, insyallah...doa akan termakbul.....





No comments:

Post a Comment